Saya cadangkan sertai ALIMKids Playgroup sbb anak-anak walaupun akan bergaul dgn rakan-rakan yg baru, mereka masih ada ibu bersama mereka semasa sessi playgroup, jadi mereka lebih yakin dan tidak merasakan mereka ditinggalkan berseorangan dengan orang yg tidak mereka kenali. Suasana ini membina keyakinan mereka untuk bermain sambil belajar bersama rakan sebaya yang lain.
Di sini saya kongsikan pengalaman beberapa orang ibu yg mempunyai anak yg pemalu berubah menjadi lebih yakin setelah menyertai playgroup.
- Fazriani Md Nor:
Imran menyertai ALIMKids Playgroup semasa berusia 4 tahun. Pada mulanya, dia menangis tak berenti sampai teacher Aisha terpaksa bawa dia keluar dan peluk dia sehingga berhenti menangis. Tetapi, setelah beberapa minggu, ayah dia cuma hantar ke kelas dan dia akan masuk tanpa perlu ditemanai ayahnya ataupun saya.
- Nur Zarizah Abdullah:
Saiyidah Nafisah…ingat…sampai modul 4 baru boleh ikut semua pergerakan tanpa segan silu…masa tu dia 2 tahun…tapi sekarang… perkembangan mindanya sangat memberansangkan…bukan sahaja mudah untuk diajar dan dibentuk…tapi sangat cepat dalam pelajaran… dia dapat membina logiknya dengan mudah…dah boleh membaca bahasa melayu bahasa inggeris dan sudah membaca Qiraati 4 diusia 4 tahun…saya memang berterima kasih dengan ALIMKids Playgroup.
- Yez Yusof :
Anak saudara saya, Iman semasa 2+ tahun dia cukup malas nak cakap sampai kami risau kemungkinan dia ada masalah percakapan. Kami daftarkan dia ke kelas ALIMKids Playgroup tahun lepas dan sekarang dia cakap tak berhenti-henti dan menyanyi juga.
Di atas: Iman, anak saudara Yez Yusuf
Jika anda risau anak anda pemalu atau takut dengan orang, cuba bawa dia ke playgroup kami untuk membiasakan diri bersama rakan sebaya dalam suasana yang ceria dan menyeronokan.
Tel: 03 8024 8864 (HQ) untuk info lanjut
Copyright Content: ALIM Consultancy & Resources 2012
0 comments:
Post a Comment